Mungkin sebab malas, mungkin tiada idea.
Apa-apa pun, aku dah selamat kembali ke Universiti Teknologi Petronas hari ini setelah bermalam semalam di rumah saudaraku di Selangor. Tiba di perkarangan menara gading ini lebih kurang pada pukul 3 petang tadi setelah menaiki teksi bersama Nashakir dari Medan Gopeng di Ipoh.
Fuh, perasaan setelah tiba di UTP?
Bercampur-aduk. Entah mengapa rasanya sewaktu aku kembali daripada cuti semester yang lepas, aku berasa lebih seronok melihat wajah-wajah yang lazim dilihat di UTP tetapi semester ini pula, kurang rasanya.
Mungkin sebab aku tiba lebih awal dan tidak ramai yang ada mungkin. Usai sahaja tiba di UTP, aku dengan Nashakir menumpang bilik V1C-010, iaitu bekas bilik aku sewaktu semester pertama dahulu. Nashakir meneruskan agendanya dengan bermain DotA bersama Faris, budak yang duduk depan bilik tu tetapi menumpang sementara di bilik tersebut. Aku pula, bergerak ke Blok O, iaitu pejabat RCSU (Residential Care and Support Unit) untuk mendaftar bilik lamaku.
Setelah mendapatkan kunci, aku membawa bagasi-bagasi ke bilik aku dan berkemas.
Tikar-tikar serta bantal dan selimut diambil daripada stor di V2 sebelum proses mengemas bermula.
Selepas itu, aku bersama Nashakir lagi, pergi ke stor di blok O untuk mengambil barang-barang di situ pula.
Wah, banyaknya barang!
Beg-beg serta kotak-kotak membentuk sebuah bukit kecil di dalam stor yang sempit itu.
Aku terpaksa mendaki 'bukit' kecil tersebut untuk mendapatkan kotak Nashakir yang terletak di bahagian dalam manakala barang-barang aku pula tidak kelihatan.
Di puncak 'bukit' dalam stor blok O
Oh ya, satu beg aku dalam stor V2 juga masih gagal ditemui kerana jumlah barang dalam stor tersebut yang amat banyak.
Selepas itu, aku pun mula mengemas bilik aku.
Dimulakan dengan menghampar tikar, aku perlahan-perlahan mengeluarkan pakaian-pakaian daripada bagasi yang dibawa dari Miri dan meyimpannya di dalam almari.
Proses mengemas tamat sepenuhnya apabila jarum jam menghampiri pukul 10 malam.
Sebenarnya masih banyak lagi barang-barang aku yang belum berjaya dikumpul.
Barang-barang aku seperti mutiara naga yang berpecah ke tempat-tempat yang berbeza.
Ada kotakku yang dibawa jiranku disebelah, ada lagi yang dibawa oleh kawanku di bawah, dan ada yang dibawa oleh rakan sebilikku. Dan selebihnya pula diletakkan di dalam stor yang berbeza-beza. Aduh, peningnya kepala menjejaki mutiara-mutiara naga tersebut.
Hmm.. Satu yang aku dapati terjadi kepada diriku hari ini, aku menjadi seorang yang pendiam.
Sewaktu berehat di V1C-010 bersama kawan-kawan Nashakir yang juga merupakan kawan-kawan aku, aku lebih banyak mendiamkan diri daripada berkata-kata.
Apakah yang telah terjadi kepada diriku ini?
Adakah setelah sebulan berada di bumi kenyalang aku sudah tidak fasih bertutur dalam bahasa melayu yang baku?
Hmm.. Atau pun kerana keletihan hari ini?
Atau kerana aku tidak biasa dengan mereka?
Banyak sekali spekulasi yang ditimbulkan.
Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini dan semoga aku lebih rajin di UTP.
Sekian, jumpa lagi dalam pengisian yang seterusnya.

3 comments:
salam!
yeah..dah masuk undergraduate dah kau...
slamat menruskan perjuangan!!
(^_^)
Question: kenak kau yg terpaksa 'mendaki bukit' mok ambik brg nash? Suh la nya ambik kedirik. Haha xD
Sori smua, lambat alu jak mereply.
myfikrah: thanx! yala, tp bz ehhh dunia undergrad tok.
nisa89: sebab aku lebih senang untuk mendaki kalik, mun nash daki kelak susah gk. gkpun nok didaki ya smua barang2 nok ntah selmat ka x didaki, huhu..
Post a Comment